Xiaomi Melancarkan Kereta Elektrik Xiaomi SU7 Di China – Pada Harga Bermula Sekitar RM141k

TechnologyDigitalCars
28 Mar 2024 • 11:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi hari ini secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China, sekaligus membolehkan para pengguna di China mula membeli kenderaan berkenaan. Sebanyak tiga variasi ditawarkan, pada harga bermula 215,900 Yuan, iaitu sekitar RM141,500.

image is not available

Xiaomi menyasarkan akan mulakan penghantaran untuk pembeli bermula penghujung April 2024 ini. Xiaomi SU7 ini hadir dalam tiga variasi penawaran.

Model paling asas ditawarkan pada harga 215,900 Yuan atau sekitar RM141,500 yang menawarkan jarak pemanduan 700 kilometer. Kereta model asas ini turut menawarkan kelajuan mencapai 210km/j, serta pecutan 400Nm. Melengkapkan kenderaan ini juga adalah Xiaomi Pilot Pro ADAS yang merupakan sistem swapandu dikuasakan cip NVIDIA Drive Orin.

Model Xiaomi SU7 Pro pula hadir dengan jarak pemanduan mencapai 830 kilometer. Sementara Xiaomi SU7 Max pula hadir dengan jarak pemanduan 800 kilometer tetapi dengan kelajuan mencapai 265km/j serta disokong sistem swapandu Xiaomi Pilot Max.

image is not available

Dengan langkah pengenalan ini, ia sekaligus akan memperlihatkan Xiaomi mula menjana kewangan daripada produk dibawah kategori automotif – mempelbagaikan lagi pendapatan syarikat teknologi berkenaan. Buat masa ini, masih tidak diketahui perancangan Xiaomi berkenaan penawaran kenderaan berkenaan di luar China.