Xiaomi Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Boleh-Gulung

TechnologyDigital
12 Apr 2023 • 4:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telefon pintar dengan skrin boleh-lipat sudah biasa kelihatan. Samsung, Oppo, Vivo, Honor, Xiaomi dan Huawei sudah menawarkan peranti seperti ini. Malah selain Samsung dan Motorola, Oppo juga sudah menawarkan peranti clamshell. Apa yang belum menjadi trend adalah peranti dengan skrin boleh-gulung.

LG, Samsung dan Oppo telah pun memperlihatkan konsep peranti seperti ini. Tetapi semuanya prototaip. Terkini Xiaomi juga ingin menyertai arena telefon yang skrinnya boleh digulung. Mereka baru sahaja mendaftar paten untuk peranti seperti ini.

image is not available

Berdasarkan imej yang ada peranti ini mempunyai sejenis rod silinder dan skrin. Pada rod ini terdapat kamera pop-naik dan skrin pula adalah jenis menyeluruh yang boleh menjadi besar apabila tekan butang (mungkin pada bawah rod) dan menjadi kecil apabila digulung.

Dengan semakin banyak pengeluar mula melihat ke arah teknologi ini adakah kita akan melihatnya dalam masa terdekat atau akan mengambil masa bertahun-tahun lagi?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved