Xiaomi Mengatakan Harga Kos Telefon Meningkat Disebabkan Peningkatan Harga Cip Memori

TechnologyBusiness & Finance
24 Oct 2025 • 8:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Redmi K90 secara rasminya, sekaligus membawa kepada kritikan ramai disebabkan harganya yang sedikit tinggi berbanding kebiasaan. Menjawab mengenainya, Xiaomi mengatakan harga kos penghasilan telefon kini meningkat disebabkan oleh harga cip memori yang sedang meningkat naik di pasaran berbanding sebelum ini.

Model asas Redmi K90 ditawarkan pada harga RMB2599 iaitu sekitar RM1550. Harga ini dilihat sedikit meningkat berbanding penawaran dibawah Redmi sebelum ini yang sedikit lebih rendah.

Salah satu sebabnya adalah kerana permintaan cip dan memori untuk pembangunan kecerdasan buatan yang meningkat, membuatkan bekalan untuk penggunaan cip pada telefon pintar dan komputer riba berkurangan, dan membawa kepada peningkatan harga kosnya.