Xiaomi Mengumpul Dana Untuk Lampu Piano Pintar Dengan Sensor Radar Automatik

TechnologyDigital
7 Mar 2023 • 6:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi tidak dinafikan seringkali hadir dengan pelbagai produk yang menarik. Di China, mereka kini menghasilkan lampu pintar direka khusus buat pemain piano yang memudahkan pembacaan not muzik dalam apa jua keadaan dikenali sebagai Xiaomi Mijia Smart Piano Lamp.

image is not available

Peranti menggunakan lampu LED berkualiti dengan indeks rendering warna minimal 95Ra terbina yang mampu menerangi kesemua 88 kekunci instrumen secara mendatar. Dalam masa sama, turut mempunyai pelindungan cahaya biru untuk kesihatan mata pengguna serta sistem anti berkelipan.

image is not available

Selanjutnya terdapat juga sensor radar terbina yang membolehkan lampu ini dihidupkan secara automatik sebaik sahaja terdapatnya individu dikesan berdekatan dengan piano. Kemudian turut boleh dimatikan secara automarik seusai individu berkenaan meninggalkan kawasan piano. Selain daripada itu, sensor ini juga mampu mengesan dan memantau tempoh bunyi masa nyata untuk persembahan lebih baik.

image is not available

Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana terdapat aplikasi khusus yang membenarkan mereka memantau masa penggunaan anak-anak. Bukan itu sahaja, lampu ini juga mempunyai metronom digital terbina yang boleh dilaraskan dengan enam rentak berbeza. Xiaomi Mijia Smart Piano Lamp ialah lampu pintar yang sedang mengumpul dana di laman biayasama Youpin pada harga RMB699 (~RM451) sebuah.

View Original Article