Xiaomi Mijia Air Conditioner Pro Eco tersedia di Malaysia bermula pada harga RM1899 dan RM2199. Xiaomi turut menawarkan diskaun sehingga RM300 jika anda membelinya diantara 2 Mac hingga 6 April 2025 menjadikan ia boleh dibeli pada harga promosi RM1699 dan RM1899 sahaja. Selain itu disertakan dengan Xiaomi Smart Multifunctional Rice Cooker secara percuma.

Penyaman udara pintar ini mempunyai ciri penjimatan tenaga yang dikuasai oleh kecerdasan buatan dan sambungan aplikasi. Ia juga boleh didapati dalam varian 1.0HP (10,000 BTU/hj) dan 1.5HP (125,000 BTU/H) dengan kesemuanya didatangkan dengan pelindungan jaminan umum 3 tahun bersama jaminan motor selama 10 tahun.

Terdapat juga ciri seperti Turbo Mode untuk penyejukan yang cepat sepantas 30 saat, Gentle Airflow untuk aliran udara lembut, dan sensor ambien terbina yang boleh menyesuaikan kecerahan skrin secara automatik.
Pengguna turut boleh mengawalnya daripada jauh melalui aplikasi Xiaomi Home App, yang juga menjadi sebahagian daripada ekosistem Xiaomi HyperOS Connect. Pada masa yang sama boleh juga dikawal menggunakan arahan suara melalui Google Assistant.

