Xiaomi Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2299

LocalTechnology
7 Aug 2025 • 1:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi secara rasmi melancarkan mesin basuh pintar pertama mereka, Xiaomi Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg di Malaysia. Ia ditawarkan pada harga RM2,299 dengan promosi istimewa RM1,499 untuk masa terhad.

image is not available

Menariknya, setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun untuk keseluruhan produk serta jaminan selama 12 tahun khusus untuk motor mesin basuh. Xiaomi turut menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan secara percuma tertakluk kepada kawasan di Semenanjung Malaysia.

image is not available

Mesin basuh pintar ini direka dengan kapasiti cucian sehingga 10.5kg dan fungsi pengeringan 7.0kg sesuai untuk keperluan harian keluarga moden. Ia dilengkapi dengan kelajuan putaran 1200rpm yang membantu mempercepatkan proses pengeringan pakaian. Dari segi penggunaan tenaga, mesin ini beroperasi dengan kuasa antara 1800W hingga 2200W untuk cucian, dan 1400W hingga 1800W bagi fungsi pengeringan.