Xiaomi MIX Flip Dan MIX Fold 4 Akan Menggunakan Skrin Tanpa Kesan Lipatan

TechnologyDigital
5 Feb 2024 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi turut telah menawarkan telefon lipat mereka melalui MIX Fold. Kini sudah ada tiga generasi dengan dua daripadanya dilengkapi kamera Leica. Xiaomi turut terkenal menawarkan rekaan yang cukup nipis dan nampak cantik berbanding pesaing.

image is not available

Pesaing Galaxy Z Fold sudah, tetapi tahukah anda yang Xiaomi sudah lama merancang untuk hadir dengan pesaing Z Flip. Sejak tahun 2021 lagi paten telah ditemui. Kemudian tahun lepas kedengaran yang Xiaomi MIX Flip akan menjadi lebih nipis dan ringan berbanding peranti Samsung. Digital Chat Station baru-baru ini melaporkan, yang kedua-dua peranti turut akan menggunakan skrin tanpa kesan lipatan yang jelas kelihatan.

image is not available

Xiaomi MIX Flip akan mempunyai dwi-kamera satu 50MP dan sensor telefoto, sementara Xiaomi MIX Fold 4 akan menggunakan konfigurasi kuad-kamera 50MP. Kedua-dua peranti akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 serta menyokong komunikasi satelit. Sama-sama kita nantikan kehadiran dua peranti ini tidak lama lagi.