Xiaomi MIX Flip Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4,999

TechnologyDigital
27 Sep 2024 • 5:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam Xiaomi turut mengesahkan yang MIX Flip akan ditawarkan untuk pasaran global, termasuk mungkin juga di Malaysia. Hari ini di acara pelancaran siri Xiaomi 14T di Malaysia, Xiaomi mengesahkan yang MIX Flip akan dijual untuk pasaran tempatan. Bukan itu sahaja, mereka turut mendedahkan harga jualannya.

image is not available

MIX Flip akan dijual di Malaysia dengan harga RM4,999 untuk variasi 12/512 GB. Dukacita dimaklumkan tiada sebarang tarikh jualan didedahkan buat masa ini.

image is not available

Xiaomi MIX Flip hadir dengan rekaan telefon boleh-katup, di mana apabila ditutup ia menawarkan skrin luar bersaiz 4.01-inci, selain skrin 6.5-inci apabila ia dibuka. Menguasakan telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 8 Gen 3, selain hadir dengan memori sehingga 12GB RAM.

image is not available

Melengkapkan peranti ini adalah bateri 4780mAh dengan pengecasan 67W, dwi-kamera Leica 50MP, dan juga dikuasakan sistem operasi Xiaomi HyperOS.

Satu maklumat tambahan yang dikongsi adalah Xiaomi MIX Flip turut akan ditawarkan bersama CelcomDigi melalui pelan Easy360 dengan harga serendah RM76 sebulan.