Xiaomi MIX Flip Mungkin Menyokong Kamera Telefoto

TechnologyDigital
3 Apr 2024 • 2:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di pasaran sekarang terdapat banyak jenis telefon dengan skrin boleh-lipat. Ada yang biasa iaitu seakan buku atau tablet dilipat menjadi telefon dan satu lagi adalah jenis clamshell seperti Samsung Galaxy Z Flip. Tidak banyak peranti dalam kategori ini memfokuskan kepada kamera kecuali dari pengeluar China.

image is not available

Xiaomi MIX Flip dijangka akan tiba pada tahun ini bagi mengembangkan lagi penawaran telefon lipat mereka. Peranti ini dikatakan akan menggunakan skrin tanpa kesan lipatan dan maklumat terbaru yang tertiris adalah MIX Flip akan menyokong kamera telefoto. Penggunaan telefoto adalah jarang dalam telefon lipat menjadikan MIX Flip (jika benar) yang kedua menyertakannya selepas Oppo Find N3.

image is not available

Menurut laporan Android Headlines, MIX Flip akan dilengkapi dengan dua kamera utama iaitu 50MP Omnivision OVX 8000 dan 60MP OV60A 2x telefoto. Berdekatan dengan kamera terdapat skrin luar yang kecil untuk notifikasi dan swafoto. Kemudian skrin dalam pula akan menggunakan resolusi 1.5K menjadi antara yang tertinggi untuk telefon seperti ini. Peranti dijangka akan dilancarkan pada bulan Mei atau Jun dan menjalankan HyperOS tetapi masih belum pasti akan dilancarkan ke peringkat global atau tidak.