Xiaomi Pad 6 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1299

TechnologyDigital
18 Jul 2023 • 4:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Pad 6 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini dengan beberapa pilihan variasi. Tablet ini bukan sahaja sesuai untuk tujuan kerja, malahan turut dicipta bagi kegunaan umum termasuklah hiburan. Ini sekaligus boleh menjadikannya salah satu pilihan menarik khususnya bagi para pelajar atau orang dewasa yang berkerja.

image is not available

Xiaomi Pad 6 dilengkapi dengan skrin LCD sebesar 11″ WQHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Skrin juga menyokong kemampuan paparan sehingga 1.07 billion warna dan Dolby Vision. Ini digabungkan lagi dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB untuk tunjang utama.

image is not available

Seterusnya tablet ini mempunyai sokongan kamera 13MP di belakang dan 8MP pula untuk kamera swafoto. Bukan itu sahaja terdapat juga sokongan stylus menerusi Xiaomi Smart Pen (2nd generation) dan papan kekunci tambahan bagi tujuan produktiviti lebih baik. Melengkapinya lagi adalah bateri 8,840mAh dengan pengecasan 33W dan empat pembesar suara ditala sistem audio Dolby Atmos.

image is not available

Bagi anda yang berminat, tablet ini dijual dengan harga bermula RM1299 (6GB/128GB), RM1399 (8GB/128GB) dan RM1499 (8GB/256GB). Bagaimanapun variasi 8GB/128GB hanya terhad dijual secara dalma talian di Lazada dan Shopee, yang mana harga promosi menarik bernilai RM1,349 turut diberikan namun terhad kepada 200 pembeli terawal sahaja.

image is not available

Lebih menariknya lagi, anda juga boleh menikmati diskaun 50% untuk pembelian aksesori, sama ada paparan kekunci atau stylus apabila mendapatkan tablet ini menerusi kedai fizikal. Sementara itu promosi untuk pembelian dalam talian pula didatangkan dengan Redmi Buds 3 (bernilai RM139) secara percuma.