Xiaomi Pad 7 Ultra Dilancarkan – Cip XRING 01 Dan Bateri 12,000mAh

TechnologyDigital
23 May 2025 • 12:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan sahaja telefon pintar, malah tablet baharu Xiaomi juga menggunakan cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri. Melaluinya, mereka memperkenalkan Xiaomi Pad 7 Ultra yang juga menjadi tablet pertama dalam kategori Ultra.

image is not available

Ia hadir dengan paparan OLED  14” 3:2  dengan resolusi 3.2K, kecerahan maksimum 1600nits dan kadar sergar semula 120Hz. Xiaomi turut menawarkan varian skrin nano soft light, yang mampu mengurangkan pantulan sehingga 70% dan silau sebanyak 99%.

Xiaomi Pad 7 Ultra turut dipadankan dengan cip Xiaomi XRING 01, bersama pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Tablet ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 12,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

image is not available

image is not available

Dari segi fotografi, ia menampilkan kamera belakang 50MP serta kamera hadapan 32MP untuk tangkapan imej yang lebih jelas. Sistem audionya pula menggunakan lapan pembesar suara dengan Dolby Atmos dan DTS:X.

Xiaomi turut menawarkan aksesori tambahan seperti Floating Keyboard dengan engsel boleh laras, kerangka magnesium aloi, dan pad sesentuh sensitif tekanan. Ia mempunyai lapisan PU+ untuk perlindungan hentakan serta pelindungan daripada kotoran berminyak.

image is not available

Selain itu, terdapat Focus Touch Pen yang menyokong 8192 tahap tekanan, latensi rendah, serta antibakteria 99.9%. Ia juga dilengkapi dengan butang fokus untuk fungsi laser.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved