Xiaomi Perkenalkan Xiaomi 13 Ultra, Harga Bermula RM5,296

Digital
8 Jun 2023 • 1:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Xiaomi 13 Ultra mula dipasarkan ke pasaran global selepas dilancarkan di Hong Kong. Malah, peranti baharu ini akan dijangka memasuki pasaran Eropah pada 12 Jun.

Bagi pasaran di Malaysia, tiada sebarang informasi mengenai ketibaan telefon pintar, Xiaomi 13 Ultra.

Spesifikasi Xiaomi 13 Ultra

  • Dihadirkan dengan skrin AMOLED LTPO yang bersaiz 6.73-inci dengan paparan 120Hz dan 240Hz touch sampling rate.

  • Xiaomi 13 Ultra ini turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus.

  • Mempunyai cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

  • Dilengkapi dengan ciri baharu iaitu mod hibernasi turut diletakkan yang membolehkan peranti bertahan sehingga 1 jam dengan bateri 1%. 

image is not available

Dalam pada itu, dari segi ciri fotografi Xiaomi 13 Ultra hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci dengan zum digital 120X OIS IMX 989 + 50MP ultra lebar IMX 858 + 50MP.

image is not available

Tambahan, peranti baharu ini mula dijual pada harga sekitar HKD 8,999 (RM5296) untuk 12GB + 512GB, di Hong Kong.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.