Xiaomi melancarkan SUV elektrik pertama mereka iaitu Xiaomi PU7 dengan ia adalah pesaing kepada Model Y di China. Model kereta elektrik kedua keluaran Xiaomi ini ditawarkan dengan tiga varian iaitu PU7 Standard, PU7 Pro dan PU 7 Max.

Model PU7 Standard dilengkapi satu motor elektrik V6S Plus yang menawarkan kuasa 288 kW dan tork 528 NM di bahagian belakang dengan output 312PS. Model PU7 Pro dan PU7 Max pula dilengkapi dwimotor masing-masing dengan output 496PS dan 690PS.

Bergantung kepada model, ia boleh bergerak sehingga 833km, memecut dari 0–100 kmj dalam masa 3.23 saat dan kelajuan maksimum 253 kmj. Sistem pengecasan 800 volt yang digunakan boleh mengecas 10–80 peratus dalam masa 12 minit dan 620 km jarak dapat ditambah dalam masa 15 minit sahaja.

Rekaan hadapan adalah mirip SU7 dengan hud hadapan aerodinamik dan lampu membuatkan “wajah” seperti seekor ikan jerung. Lampu brek memanjang pula digunakan pada keseluruhan bahagian belakang seakan hibrid rekaan Dodge Charger dan Aston Martin. Untuk keperluan swapandu sistem komputer NVIDIA Drive AGX Thor sebagai otak PU7 dan Snapdragon 8 Gen 3 pula untuk kawalan sistem info hibur kenderaan.


Xiaomi PU7 akan dijual bermula bulan Julai tetapi harga ketiga-tiga model belum lagi diumumkan pasca pelancaran.

