Xiaomi memperkenalkan Robot Vacuum 6 Max di Malaysia sebagai model paling berkuasa dalam siri robot vacuum pintarnya setakat ini. Ia dikuasai oleh sistem pengecaman AI yang mampu mengenal pasti lebih 320 jenis objek dan kotoran, serta menawarkan kuasa sedutan sehingga 35,000Pa bagi memastikan setiap sudut dibersihkan dengan lebih efisien.

Robot ini turut dilengkapi dengan kaki mekanikal yang membolehkannya memanjat halangan setinggi 6cm, sekali gus memberikan kebebasan untuk membersihkan ruang dengan perbezaan aras lantai. Ia juga hadir dengan radar boleh laras yang membolehkannya masuk ke ruang rendah serendah 9.3cm tanpa tersekat sesuai digunakan di bawah sofa atau kabinet.

Selain itu sistem pembersihan omni station yang disertakan menawarkan fungsi pencucian mop pada suhu sehingga 85°C serta pengeringan dengan udara panas 50°C untuk memastikan kebersihan pad mop sentiasa terjamin. Ia juga mampu mengosongkan habuk secara automatik sehingga 75 hari tanpa perlu dikosongkan secara manual, sekali gus memberikan pengalaman pembersihan yang lebih mudah.

Bagi yang berminat, Xiaomi Robot Vacuum 6 Max ditawarkan di Malaysia pada harga RM5,099. Namun, ia kini boleh didapati pada harga promosi RM4,499.
