
Xiaomi Smart Band 11 hadir dengan rekaan lebih nipis dengan ketebalan hanya 9.99 mm serta berat 15.6 gram. Ia menggunakan paparan AMOLED 1.72″ yang menyokong kecerahan puncak 2,000 nits untuk penggunaan yang lebih selesa di bawah cahaya matahari. Turut ditawarkan ialah pelbagai pilihan warna dan aksesori baharu termasuk versi Ceramic Edition dengan kemasan seramik premium.


Smart Band 11 dilengkapi pelbagai ciri pemantauan kesihatan seperti kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah, tekanan, kualiti tidur dan kitaran haid. Xiaomi turut menyediakan lebih 150 mod sukan terbina serta penarafan kalis air 5ATM untuk kegunaan harian dan aktiviti air ringan. Turut disediakan ialah ciri-ciri pintar seperti notifikasi, kawalan kamera dan fungsi menukar halaman ketika membuat pembentangan atau membaca dokumen. Bateri yang digunakan pula mampu bertahan sehingga 21 hari bagi penggunaan ringan


Bagi yang berminat, Xiaomi Smart Band 11 boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM249 untuk varian standard dan RM349 untuk varian NFC. Sempena promosi pelancaran, gelang pintar ini ditawarkan pada harga serendah RM199 bagi warna Midnight Black, Glacier Silver dan Mystic Rose manakala warna Moon Gold boleh didapati pada harga RM229. Bagi model Smart Band 11 (NFC) pula, pilihan Pearl White (Ceramic) dan Lavender Purple (Full-Metal Unibody) ditawarkan pada harga promosi RM299 lebih rendah berbanding harga asal RM349.


