Xiaomi Smart Band 7 Kini Hadir Ke Malaysia Pada Harga RM199

TechnologyDigital
20 Jun 2022 • 10:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi Malaysia kini membawa masuk gelang tangan pintar baharu mereka, iaitu Xiaomi Smart Band 7 secara rasminya, pada harga RM199. Menariknya, bersempena dengan pengenalan ini, pengguna boleh mendapatkan ia pada harga RM169 pada 25 Jun 2022 ini.

image is not available

Xiaomi Smart Band 7 hadir dengan skrin 1.62-inci AMOLED, dan menawarkan sejumloh mod sukan serta kecergasan baharu. Xiaomi mengatakan ia menawarkan ketahanan bateri selama 14 hari, disamping sokongan kalis air 5ATM.

Xiaomi Smart Band 7 juga turut menyertakan sokongan pemantauan corak tidur, disamping membolehkan anda memantau kadar oksigen dalam darah sepanjang hari, termasuk pemantauan kadar denyutan nadi.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh tandakan kalendar anda pada 25 Jun 2022 ini, dan dapatkan ia pada harga RM169.