
Bersama-sama dengan penjadualan pengenalan Xiaomi 17 pada 28 Februari 2026 ini, Xiaomi kini turut mengacah pengenalan satu lagi produk baharu dibawah peranti berhubung, iaitu Xiaomi Tag.
Buat masa ini, info penuh berkenaan Xiaomi Tag masih tidak dikongsikan – selain Xiaomi mengatakan ia hanya seberat 10 gram, dan mudah dipasang pada mana-mana dengan mudah. Seperti Apple AirTag, ia turut boleh digantung atau dipasang pada barangan lain, sekaligus memudahkan pengguna dalam melakukan penemuan.

Walaubagaimanapun, ia tidak dikongsikan lagi berkaitan teknologi yang disertakan bersama dengannya untuk memudahkan urusan penemuan.
Xiaomi menjadualkan tarikh 28 Februari 2026 ini untuk pengenalan produk mereka ini. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan Xiaomi Tag ini.
