Xiaomi Tag Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM79

LocalTechnology
24 Feb 2026 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi Tag kini rasmi dijual di Malaysia dengan harga bermula RM79. Ia menandakan kemunculan Xiaomi dalam segmen penjejak peranti peribadi yang semakin berkembang, di mana lebih banyak jenama seperti Samsung dan Apple turut bersaing.

image is not available

Xiaomi Tag mempunyai berat hanya 10 gram dan direka bentuk dengan kemasan ringkas, di samping memudahkan pengguna menggantungnya terus pada beg atau barangan berharga tanpa memerlukan pemegang tambahan. Walaupun ia tidak menyokong UWB, Xiaomi Tag menjadi antara model di pasaran menyokong kedua-dua sistem Android Find Hub dan Apple Find My.

image is not available

Xiaomi Tag bergantung sepenuhnya pada Bluetooth untuk sistem penjejakan maka lokasi dipaparkan mungkin kurang tepat, namun ia masih menawarkan fungsi transmisi asas bagi membantu pengguna menjejaki barangan mereka. Bagi pengguna Apple, terdapat kelebihan tambahan kerana peranti ini menyokong NFC untuk Lost Mode sekali gus memudahkan carian apabila barangan hilang.

image is not available

Selain itu, Xiaomi Tag boleh dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan melalui fungsi Share with others, supaya mereka juga dapat membantu mencari barangan yang hilang. Peranti ini turut hadir dengan pensijilan IP67 dan Xiaomi mendakwa hayat baterinya mampu bertahan lebih daripada setahun.

image is not available

Di Malaysia, Xiaomi Tag dijual dalam pek tunggal pada harga RM79 serta pek empat unit pada harga RM299. Bagaimanapun, harga pengenalan ditawarkan pada RM59 untuk pek tunggal dan RM199 untuk pek empat unit bagi tempoh masa terhad.