
Di acara pelancaran Redmi Note 17 Pro, Xiaomi Malaysia turut berkongsi mengenai kereta elektrik mereka. Sejak tahun 2024, kereta elektrik sedan SU7 telah mula dipasarkan, disusuli dengan kereta elektrik lasak PU7. Kedua-dua model kereta ini buat masa ini dijual di China dan telah berjaya dijual melebihi 700,000 unit.

Angka ini merupakan satu angka yang besar memandangkan Xiaomi bukan satu jenama automotif. Berkongsi lebih mengenainya, Xiaomi turut menekankan ekosistem yang mereka hasilkan, menghubungkan Manusia, Kenderaan dan juga Rumah. Ini kerana Xiaomi turut menjual peranti rumah pintar menerusi barisan produk Mijia mereka, merangkumi peti sejuk, robot vakum, mesin basuh, kelengkapan perkakasan elektrik yang terhubung dengan internet dan pelbagai lagi.

Buat masa ini kereta elektrik Xiaomi masih tidak ditawarkan untuk pasaran tempatan. Namun terdapat laporan yang mereka akan meluaskan penawaran kereta elektrik mereka ke pasaran global. Mungkin mereka hanya menunggu kesesuaian dan ketersediaan pengecas di negara lain sebelum mula menembusi pasaran tempatan.




