Xiaomi WinPlay Menjalankan Permainan PC Pada Peranti Android

TechnologyGamingDigital
21 Jan 2025 • 5:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kelak permainan video yang dibangunkan untuk komputer Windows akan dapat dijalankan peranti Android. Xiaomi hari ini memperlihatkan aplikasi WinPlay untuk tablet Xiaomi Pad 6S Pro 12.4. Dalam video yang dikongsi ke media sosial beberapa permainan video seperti Tomb Raider dan Need for Speed dilihat boleh dimainkan pada tablet ini.

image is not available

Sokongan alat kawalan, papan kekunci dan tetikus turut disertakan sekali bagi memberikan pengalam penggunaan mirip pada sebuah PC. Jika alat kawalan Xbox digunakan, ia turut hadir dengan sokongan tindak balas haptik. Aplikasi WinPlay dibangunkan sendiri oleh Xiaomi menggunakan teknologi Xiaomi HyperCore pada sistem operasi HyperOS.

Permainan PC boleh diakses menggunakan Steam atau GOG dan dimainkan terus daripada tablet. Tiada maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana teknologi ini memastikan permainan PC boleh dijalankan pada peranti Android. Yang pasti ia adalah kejayaan yang menakjubkan kerana Pad 6S Pro sekadar dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 2. Prestasi lebih baik pastinya boleh dinikmati pada cip lebih terkini seperti Snapdragon 8 Elite.

Xiaomi sedang melakukan ujian beta untuk WinPlay pada Pad 6S Pro yang menggunakan sistem operasi Hyper OS 2 Beta.

View Original Article