Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT

LocalFootball
7 Jun 2025 • 9:53 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan warga Sepanyol Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu.

Pengumuman pelantikan itu menerusi satu kenyataan rasmi oleh JDT di platform media sosial kelab itu malam tadi.

Video yang memaparkan Munoz berada di Stadium Sultan Ibrahim turut dimuat naik bersama kenyataan itu.

“Pemenang LaLiga dan bekas pengurus Watford Xisco Munoz menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sebagai ketua jurulatih,” menurut kenyataan berkenaan.

JDT sebelum ini dibimbing oleh Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih sejak 2022.