XOX Mobile Memulakan Ujian Rangkaian 5G Bersama Sejumlah Pelanggan Terpilih

TechnologyDigital
1 Feb 2023 • 8:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

XOX Mobile kini menyatakan mereka telah memulakan ujian rangkaian 5G bersama sejumlah pelanggan terpilih mereka.

Dibawah program ujian yang bermula 1 Februari 2023 ini, pelanggan terpilih akan dapat menikmati akses kepada rangkaian 5G dengan kelajuan pantas mencapai lebih 1Gbps. Tetapi seperti biasa, ia masih bergantung kepada lokasi, peranti yang digunakan pengguna serta pelbagai faktor lain.

XOX Mobile merupakan penyedia perkhidmatan terbaharu yang menyertai penawaran ujian rangkaian 5G kepada para pelanggan mereka. Walaubagaimanapun, melalui halaman FAQ, ia tidak dinyatakan pelan-pelan yang tertakluk dibawah ujian rangkaian 5G ini.

Sebelum ini, beberapa penyedia sedia menawarkan akses kepada 5G – tetapi masih diperingkat ujian dan tidak ditawarkan meluas lagi. 

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan dibawah XOX Mobile, boleh semak sama ada anda telah menerima akses awal ke 5G atau sebaliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved