XPeng Laksana CKD, Rancangan Masih Samar!

LocalCars
6 Mar 2025 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Walaupun XPeng dikatakan masih mempertimbangkan untuk melaksanakan pemasangan tempatan (CKD) di negara ini, namun ia bergantung kepada polisi kerajaan.

Ini kerana pengecualian duti import akan berakhir pada Disember 2027 sekali gus menyebabkan syarikat berpendapat bahawa pelaburan CKD untuk jangka pendek dilihat tidak begitu praktikal

Perkara itu diakui ketika sesi soal jawab berkaitan CKD dilontarkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz Auto Group, Datuk Francis Lee dan Naib Presiden Kewangan & Pejabat Sokongan Strategik Luar Negara, XPENG, James Wu sejurus pelancaran XPeng X9, semalam.

Difahamkan, jika dasar masih tidak jelas, Bermaz berkemungkinan besar akan meminta negara jiran untuk memasang kenderaan XPeng, namun akan memastikan harga yang kompetitif dan kebolehcapaian untuk pengguna Malaysia.

Menurut Ketua Operasi Bermaz XPeng Sdn Bhd, Wan Zarel Harun menyifatkan kebimbangan juga melibatkan duti eksais Open Market Value (OMV).

image is not available

Pada asalnya, duti ini dijadualkan meningkat tahun lalu tetapi telah ditangguhkan dua kali, dan kini dijangka berkuat kuasa pada tahun hadapan.

“Jika dilaksanakan, harga kenderaan CKD boleh meningkat antara 10-30%, sekali gus mengurangkan jurang harga antara model CKD dan CBU (import sepenuhnya). I

“Ini menyebabkan pengguna untuk memilih kenderaan CBU, menjadikan usaha pemasangan tempatan kurang berdaya maju,” katanya.

image is not available

Sebalknya, Wu menekankan bahawa Malaysia kekal sebagai pasaran utama untuk XPeng.

Ini kerana G6 telah diterima baik oleh pembeli berumur 35 hingga 40 tahun ke atas, manakala reka bentuk MPV moden X9 dijangka menarik lebih ramai .

Sementara itu, tambah Francis, beberapa model akan dilancarkan termasuk XPeng Mona.

Bagaimanapun, satu-satunya model yang sedang dipertimbangkan adalah SUV yang lebih kecil, iaitu G3i, yang boleh menarik pembeli di bandar yang mencari EV yang kompak yang lebih canggih.

View Original Article