Xreal Beam Pro Ialah Peranti Perkomputeran Spatial Khusus Untuk Cermin Mata MR

TechnologyDigital
19 Jun 2024 • 10:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xreal Beam Pro telah dilancarkan secara rasmi sebagai peranti perkomputeran spatial yang direka khusus untuk digunakan bersama cermin mata realiti gabungan (MR) yang dikeluarkan oleh mereka. Walaupun kelihatan seperti sebuah telefon pintar, Beam Pro hanya wenyokong sambungan WiFi tanpa sebarang sokongan selular.

image is not available

Ia dilengkapi skrin 6.45″ LCD 60Hz, dijana cip Snapdragon, memori sehingga 8 GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 4300 mAh yang menyokong pengecasan 27W. Xreal tidak mendedahkan cip Snapdragon apakah yang digunakan. Melengkapi spesifikasi ialah dwi-kamera 50MP di bahagian belakang yang boleh melakukan rakaman video 3D. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto.

Peranti melepasi piawaian IP54 dan turut hadir dengan dua port USB-C bagi membolehkan ia dicas dan pada waktu yang sama masih disambungkan dengan cermin mata MR seperti Air 2 dan Air 2 Pro. Sistem operasi yang digunakan ialah NebulaOS yang berasaskan Android 14. Aplikasi dimuat turun menerusi Google Play Store terbina.

image is not available

Apabila dipadankan dengan cermin mata MR, Beam Pro akan menjadi “otak” yang membolehkan kandungan penstriman video dan permua terapung dalam dunia maya. Ia seakan sebuah Vision Pro tanpa cermin mata MR terbina.

Harga jualan bermula daripada $199 (~RM937) untuk model asas peranti perkomputeran spatial sahaja dan meningkat ke $649 (~RM4055) apabila dibeli bersama cermin mata Air 2 Pro.