XRP Terus Menguat, $1.50 Jadi Halangan Seterusnya!

Business & Finance
22 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

XRP Terus Menguat, $1.50 Jadi Halangan Seterusnya!

XRP meneruskan momentum positif apabila harga didagangkan menghampiri AS$1.50 pada Isnin, sekali gus mencatatkan kenaikan untuk empat hari berturut-turut.

Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada $1.5188 menyusut 1.11% sejak pembukaan sesi Asia pada Selasa.

Kenaikan tersebut disokong momentum pasaran yang semakin kukuh serta peningkatan selera risiko dalam pasaran mata wang kripto secara keseluruhan.

AS$1.50 Jadi Paras Penting XRP

Penutupan harian di atas AS$1.50 berpotensi mengukuhkan semula kawalan pembeli dan membuka ruang kepada kenaikan seterusnya.

Jika berjaya menembusi paras tersebut, XRP berpotensi menguji AS$1.60, sebelum memberi perhatian kepada paras tertinggi Ogos sekitar AS$1.70.

Bagaimanapun, kenaikan pantas turut meningkatkan risiko pengambilan untung, terutama jika momentum mula kehilangan tenaga atau XRP gagal melepasi rintangan jangka pendek.

Aktiviti Derivatif XRP Semakin Kukuh

Pasaran derivatif XRP turut menunjukkan peningkatan minat daripada pedagang.

Jumlah Open Interest (OI) bagi kontrak niaga hadapan kekal meningkat kepada 2.3 bilion XRP pada Isnin, berbanding 2.2 bilion XRP sehari sebelumnya.

Dalam tempoh lebih panjang, OI meningkat secara berperingkat daripada 2.08 bilion XRP pada 13 September.

Peningkatan OI menunjukkan lebih banyak posisi baharu dibuka dalam pasaran derivatif dan mencerminkan peningkatan penyertaan pedagang ketika XRP cuba meneruskan kenaikan.

Namun, tahap momentum yang menghampiri terlebih beli memerlukan pelabur kekal berhati-hati kerana kegagalan menembusi paras penting boleh mencetuskan pengambilan untung.

ETF XRP Masih Catat Aliran Keluar

Dalam masa sama, minat institusi melalui ETF spot XRP yang disenaraikan di AS masih berdepan sedikit tekanan.

ETF tersebut mencatatkan aliran keluar sekitar AS$44,000 pada Jumaat, selepas aliran keluar kira-kira AS$5 juta sehari sebelumnya.

Walaupun terdapat aliran keluar dalam tempoh terdekat, jumlah aliran masuk terkumpul masih positif pada AS$1.71 bilion, manakala jumlah aset bersih purata berada sekitar AS$1.51 bilion.

Keadaan itu menunjukkan minat pelabur jangka panjang terhadap XRP masih kekal walaupun aliran dana ETF baru-baru ini sedikit perlahan.

INTRADAY OUTLOOK

[chart pair=”xrpusd” period=”D1″]

XRP kini berada dalam momentum menaik selepas mencatatkan empat hari kenaikan berturut-turut, dengan AS$1.50 menjadi paras penting untuk menentukan kesinambungan trend.

Jika XRP berjaya mencatatkan penutupan harian kukuh di atas AS$1.50, harga berpotensi bergerak ke arah AS$1.60 sebelum menguji kawasan AS$1.70.

Namun, peningkatan Open Interest bersama momentum yang menghampiri terlebih beli turut meningkatkan risiko pengambilan untung.

Kegagalan menembusi AS$1.50 boleh menyebabkan XRP membuat pembetulan sebelum cuba mengumpul momentum semula.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved