Tahap pematuhan SOP PKPP

6 Aug 2020 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PENDANG - C.Pravin, 23, (kanan) dilihat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan memakai apron, sarung tangan dan pelindung muka ketika menggunting rambut pelanggannya, Muhammad Muzammir Mohd Zamri, 18, semasa pemantauan SOP di Kampung Batu Hampar, hari ini.

Orang ramai diminta meningkatkan tahap keselamatan diri termasuklah memakai pelitup muka, mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman serta menjaga penjarakan fizikal ekoran terdapat kluster baharu di negeri ini yang dikenalpasti Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga dalam daerah Kubang Pasu dan Padang Terap.

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kubang Pasu sehingga 30 Ogos ini yang melibatkan empat mukim iaitu Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh, Kampung Pida Satu di Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal di Kubang Pasu dan Kampung Ulu Sanai di Padang Terap yang kesemuanya terletak dalam radius satu kilometer dari restoran tersebut. - Foto Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved