Mangsa banjir di Beaufort, Membakut meningkat

11 Dec 2019 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BEAUFORT - Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon terus meningkat setakat jam 9 pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata, seramai 377 mangsa daripada 136 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan berbanding hanya 206 mangsa daripada 27 keluarga, semalam.

PPS di Dewan Selagon, Beaufort dibuka pada jam 2.50 pagi, semalam berikutan hujan berterusan sejak Isnin mengakibatkan banjir sehingga 20 kampung di kedua-dua daerah itu terjejas.

Beberapa jalan menghubungkan kampung terbabit turut terjejas dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Setakat 7 pagi ini, paras air Sungai Membakut merekodkan bacaan 7.37 meter iaitu pada paras bahaya, manakala paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan terkini 8.28 meter (paras amaran). - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved