Mahkamah benarkan Najib minta pakar sahkan tandatangan

22 Jan 2020 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta seorang pakar bagi menentukan kesahihan tandatangannya pada tujuh dokumen bank dan syarikat dalam perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, permohonan itu dibenarkan bagi mendapatkan keadilan.

“Walaupun permohonan itu sesuatu yang difikirkan kemudian, ia menjadi kewajipan mahkamah untuk memelihara integriti dan keadilan dalam proses perbicaraan,” katanya.

Nazlan juga akan menentukan kebolehpercayaan saksi-saksi pihak pembelaan pada penghujung kes pembelaan.

Bagaimanapun Nazlan mengehadkan permohonan Najib kepada dokumen-dokumen tertentu.

“Pihak pembelaan mesti mengatur pemeriksaan itu dijalankan minggu depan tetapi hanya dua hari,” katanya.

Hakim juga telah memutuskan pemeriksaan mesti dibuat di mahkamah.

Nazlan memutuskan pihak pembelaan boleh mengemukakan keterangan mereka bagi menyangkal untuk mencabar testimoni pakar pihak pembelaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib tak pernah bangkitkan isu tandatangan palsu


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved