WhatsApp Memperkenalkan Ciri Nyah-Kunci Berasaskan Pengimbas Cap Jari Untuk Pengguna Android

TechnologyDigital
31 Oct 2019 • 10:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sebelum ini telah menguji sokongan untuk mengunci aplikasi berkenaan, dan memerlukan pengguna menggunakan imbasan cap jari untuk mengaksesnya. Dengan langkah ini, ia memberikan lebih sekuriti dan privasi untuk seseorang pengguna berkenaan.

image is not available

Kini, selepas diuji untuk beberapa bulan, hari ini WhatsApp mengumumkan sokongan berkenaan secara rasminya untuk Android, sekaligus membolehkan semua pengguna WhatsApp untuk Android mengakses dan menggunakan ciri ini.

Dengan menggunakannya, pengguna boleh menetapkan had masa untuk keperluan imbasan cap jari. Bagi anda yang menggunakan WhatsApp di Android, boleh mengaktifkan ciri ini dengan ke “Tetapan > Akaun > Privasi > Kunci Cap Jari”.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved