Kerentanan Kritikal Ditemui Pada Perisian VLC

TechnologyDigital
24 Jul 2019 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lagu kerentanan sekuriti serius ditemui yang boleh menyebabkan komputer pengguna aplikasi VLC digodam. Pengguna disarankan supaya mengemaskini perisian ke versi 3.07 secepat mungkin. Hari ini sebuah lagi kerentanan sekuriti yang kritikal telah ditemui pula oleh firma penyelidikan Jerman CERT-Bund.

Kerentanan yang diberikan nama VE-2019-13615 ini ditemui pada versi terkini VLC 3.0.7.1, Ia dianggap amat kritikal kerana diberikan markah penilaian 9.8  di dalam pangkalan data NIST National Vulnerability Database. Seperti kerentanan sebelum ini, VE-2019-13615 boleh menyebabkan aplikasi hasad dipasang pada komputer pengguna tanpa disedari dan data boleh dicuri. Masalah hanya ditemui pada VLC versi Windows, Linux dan UNIX. Versi macOS masih lagi selamat digunakan.

Pihak VLC menyedari akan kerentanan ini dan sedang dalam proses menghasilkan tampalan tetapi pada waktu hanya 60% disiapkan. Sebagai langkah keselamatan ada baiknya aplikasi dinyahpasang sehingga versi lebih selamat diberikan pihak VLC.