Kali terakhir Motorola melancarkan peranti di Malaysia ialah pada Januari lalu menerusi Moto One. Mereka mungkin bukan lagi nama besar dalam dunia peranti mudah alih tetapi Motorola masih menghasilkan peranti bagi peminat tegar. Rekaan dan spesifikasi untuk Motorola One Vision kini tertiris sepenuhnya dan menarik sekali ia menggunakan cip Exynos keluaran Samsung.

Terdapat juga pengimbas cap jari pada panel belakang yang merangkap logo kelawar Motorola. Tiada piawaian kemampuan kalis air tetapi peranti Motorola sejak akhir-akhir ini hadir dengan sistem kalis percikan P2i. Peminat audio berwayar boleh menghela nafas lega kerana bicu audio masih disertakan.
Peranti dengan Android Pie ini dijangka dilancarkan di Brazil pada 15 Mei hadapan pada harga sekitar Euro 299 (~RM 1397). Warna yang ditawarkan ialah biru dan gangsa. Dengan pelancarannya kelak, Motorola menjadi syarikat ketiga selepas Meizu yang menggunakan pemproses keluaran Samsung.

