“Ya Allah Tolong Kembalikan Diri Aku Yang Dulu, I’m So Lost..” – Mawar Rashid

19 Oct 2023 • 7:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, tindakan pelakon jelita, Mawar Rashid memuat naik gambar sudah tidak lagi bertudung beberapa hari lalu sememangnya mengundang kecaman dan rasa kecewa daripada peminat.

Sedar tindakan kembali free hair itu bukanlah hal yang patut dicontohi, Mawar sebelum ini pernah membuat hantaran minta maaf kepada umum.

Terbaru, di Instagram Story, pelakon tersebut memohon kepada Allah SWT untuk kembalikan dirinya yang dahulu kerana kini dia seakan-akan keliru.

image is not available

Bahkan seakan-akan memberi bayangan bahawa kini dia sedang berlawan dengan dirinya untuk kekal kuat.

Dalam pada masa yang sama, meminta orang ramai untuk tidak putus mendoakannya kembali seperti Mawar Rashid yang dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sekadar info, Mawar sebelum ini membuat keputusan untuk bertudung kerana takut suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob tanggung dosanya tidak menutup aurat dengan sempurna.

image is not available 1 week ago

"Dah Cuba Sedaya Upaya Istiqamah Selama Ni.." - Sedar Tak Patut Dicontohi, Mawar Rashid Mohon Maaf