“Ya, Dia Mengandung”, Safawi Rasid Hadiahkan Hantaran Gol Untuk Isteri Tercinta

15 Jun 2023 • 1:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Safawi Rasid, pemain bola sepak mengesahkan bahawa isterinya, Syifa Melvin iaitu pelakon dan pempengaruh media sosial sedang hamil enam bulan.

Menerusi satu video tular di platform TikTok, Safawi berkata jaringan gol yang dilakukan pada perlawanan malam Khamis adalah istimewa buat isterinya yang sedang hamil.

https://www.tiktok.com/@pehhh4minn/video/7244566841849302274

Ya dia mengandung. Gol tadi saya hadiahkan kepada isteri saya. Doakan kami semoga selamat semua.

Safawi atau Muhammad Safawi Rasid yang merupakan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memaklumkan berita gembira berkenaan kepada peminatnya.

Aksi pemain bola itu menyumbat bola di dalam baju sewaktu aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Terengganu merupakan simbolik isterinya sudah berbadan dua.

image is not available

Sebelum ini, Safawi dan Syifa telah mendirikan rumah tangga pada 28 November lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.