“Ya, Memang Saya Ada Pukul Dan Tampar Dia” – Bekas Pembantu Peribadi Mengaku ‘Naik Tangan’ Ke Mak Wan Lepas Diludah

4 Jul 2022 • 6:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini tular dan kecoh mengenai konflik yang dihadapi pelakon veteran, Mak Wan dan bekas pembantu peribadinya.

Terbaru, dalam satu temu bual program hiburan, Melodi, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, mendakwa bahawa dia pernah dipukul bekas pembantunya yang dikenali sebagai Amell.

Menurut Mak Wan, konflik antara dia dan Amell mula berlaku apabila dia didakwa melarikan duit serta mengambil barang kemas kepunyaan bekas pembantu peribadinya itu.

Dalam pada itu, Amell yang ditanya dalam satu temu bual berasingan mengaku bahawa dia pernah mengasari Mak Wan setelah diludah pelakon tersebut yang dikatakan tidak berpuas hati selepas ditanyakan soalan.

Selain itu, Mak Wan juga sebelum ini dituduh mengamalkan ilmu hitam namun perkara itu merupakan bait-biat dialog bagi sebuah drama semata-mata seperti yang dijelaskan Didie Alias.

Diharapkan agar konflik yang berlaku antara Mak Wan dan bekas pembantunya dapat diselesaikan dengan cara baik dan semoga kebenaran dapat ditegakkan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved