“Ya Saya Salah, Tapi Bukan Ini Caranya” – Lelaki Luah Kereta Dihimpit Ambulans Selepas Salah Parkir Di Hospital

LocalCars
16 Oct 2025 • 10:42 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui mana-mana pengguna jalan raya yang memarkir kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya bakal dikenakan tindakan seperti saman, denda atau tayar diketip (clamp).

Hal ini kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan kemalangan, menyusahkan pengguna jalan raya yang lain kerana menghalang laluan dan sebagainya.

Mungkin ada di antara kita yang geram dengan sikap mereka yang suka meletak kenderaan sesuka hati bukan? Namun itu bukanlah alasan untuk kita bertindak mengikut perasaan dan mengetepikan undang-undang.

Tular lelaki kecewa kereta dihimpit dua ambulans selepas salah parkir di hospital awam

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang lelaki yang mendakwa keretanya telah dihimpit oleh dua buah ambulans di sebuah hospital awam di Pulau Pinang selepas dia memarkir di tempat yang salah.

Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, lelaki itu mendakwa dia tidak mengetahui bahawa parkir terbabit adalah untuk ambulans kerana tiada papan tanda yang diletakkan di sana.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 2.30 tengah hari semalam (15 Oktober) ketika dia ingin mengambil isterinya yang baru sahaja keluar dari zon kuning.

image is not available
Foto: TikTok/zahidchuaop

Dakwa siap ditertawa bila terpaksa masuk ikut bonet

Dakwa lelaki itu, kakitangan hospital berkenaan juga berkata kepadanya bahawa kesemua pemandu ambulans telah pulang semasa dia memberitahu ingin mengalihkan kenderaannya.

“Ya bang saya salah parkir situ, tapi bukan ini caranya. Saya pergi bahagian driver (ambulans) punya tempat diorang cakap ‘driver semua balik, malam baru datang ambil’. Dalam hati saya ‘kalau ada kes, ambulans semua jalan sendiri ke’.

“Dah tak ada pilihan, saya terpaksa masuk ikut bonet belakang, masa masuk tu dengar suara orang gelak-gelak, itu lagi sakit hati bang. Cantik perangai diorang ni,” katanya.

Lebih menyulitkan keadaan, dia pada waktu itu bersama seorang anaknya yang berusia enam tahun.

image is not available
Foto: TikTok/zahidchuaop

Untuk lihat carousel klik di [SINI]

Netizen minta lelaki itu lapor kepada SiSPAA

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat hantaran itu.

Ramai yang berpendapat bahawa pihak hospital seharusnya bersikap profesional dengan hanya mengambil tindakan ‘clamp’ dan bukannya menghimpit sedemikian apatah lagi siap mentertawakan lelaki itu yang harus masuk ke dalam kereta melalui bonet belakang.

Susulan itu, rata-rata pengguna TikTok menasihati lelaki itu untuk membuat aduan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA).

Pun begitu, ada juga yang mengkritik lelaki itu kerana tidak cakna dengan kotak parkir yang bersaiz besar dan berada di hadapan pintu kecemasan adalah sememangnya untuk kegunaan ambulans sahaja.

Malah ada yang mengatakan dia sepatutnya berasa lega kerana tidak perlu membayar apa-apa kerana tidak mengetip tayar keretanya, namun ada yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana lebih rela roda kereta diketip daripada dimalukan.

“Bang, buat report SiSPAA”

image is not available

“SiSPAA je terus bang”

image is not available

“Saya sendiri kerja KKM nasihatkan encik untuk report SiSPAA”

image is not available

“Logik ke lot parkir besar macam tu untuk kereta? Elok orang ajar macam ni”

image is not available

View Original Article