Yahoo Mail Menguatkuasa Had Storan 20GB Kepada Semua Pengguna Percuma – Sebelum Ini Tawar 1TB Storan Percuma

TechnologyDigital
10 Aug 2025 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lanjutan daripada notis yang diberikan kepada pengguna Yahoo Mail sebelum ini, bermula hari ini, Yahoo telah mula mengimplementasi had storan, dimana semua pengguna emel percuma dihadkan kepada hanya 20GB storan percuma sahaja.

Pengurangan ini dilihat sangat drastik, memandangkan sebelum ini Yahoo Mail menawarkan storan percuma sebanyak 1TB kepada semua pengguna.

image is not available

Selari dengan pengurangan ini, kini Yahoo! Mail menawarkan langganan tambahan sebanyak 100GB pada harga $1.99 sebulan, atau $9.99 sebulan untuk 1TB. Selain saiz storan, pelbagai ciri lain yang ditawarkan adalah lebih kurang sama seperti sebelumnya.