Yahoo Menjual AOL Kepada Pemilik Vimeo, Bending Spoons

WorldBusiness & Finance
30 Oct 2025 • 2:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bending Spoons, sebuah syarikat berpusat di Itali agak aktif dalam mengambil-alih sejumlah syarikat-syarikat internet lain yang mula kehilangan sinarnya. Setakat ini, mereka telah mengambil-alih syarikat seperti MeetUp, Evernote, WeTransfer dan dalam proses mengambil-alih Vimeo. Menurut Bending Spoons, mereka mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif bulanan, dan 10 juta pelanggan berbayar.

Terbaru, turut menambah dibawah portfolio mereka adalah AOL. AOL sebelum ini dimiliki dibawah Yahoo – yang diuruskan oleh Apollo Funds. Nilai pengambil-alihan tidak dinyatakan buat masa ini.

AOL sebelum ini sedia menawarkan perkhidmatan internet dial-up, dan turut mempunyai penawaran seperti portal web dan perkhidmatan emel. Salah satu perkhidmatan yang masih aktif digunakan ramai dibawah AOL adalah emel, dimana ia mempunyai 8 juta pengguna harian, dan 30 juta pengguna bulanan.

Bending Spoons mengatakan mereka ingin melakukan pelaburan dalam terus meningkatkan lagi kadar penggunaan produk berkenaan, serta menambah-baik perniagaan AOL. Ini juga dijangka akan terus menambah kepada angka pengguna keseluruhan perkhidmatan dibawah Bending Spoons.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved