Yakin Bawa Manfaat Maksimum, Lawatan Mirziyoyez Perkukuh Hubungan Malaysia-Uzbekistan – PM

LocalPolitics
6 Feb 2025 • 10:42 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi selama dua hari Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev ke negara ini telah memperkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan dalam pelbagai bidang.

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, Anwar menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan

image is not available

“Insya-Allah, hubungan Malaysia Uzbekistan akan terus erat dan diperhebat sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza Anwar berkata ketika berucap di Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan sempena lawatan rasmi Mirziyoyev beliau memaklumkan bawaha sudah masanya untuk dua negara ini bekerjasama.

“Saya maklumkan hadirin bahawa masanya sudah tiba untuk kedua-dua negara memahat kerjasama ekonomi ke tahap lebih tinggi,” ujarnya.

image is not available

Dalam pada itu, Anwar berkata perkara itu tidak mustahil disamping akan membawa pulangan lumayan kepada kedua-dua negara untuk diagihkan kepada kebajikan rakyat.

“Ini tidak mustahil dilakukan mengambil kira kepakaran, kekuatan dan kelebihan masing-masing antaranya dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan, pelaburan, perdagangan, industri halal, pendidikan, tenaga hijau, industri minyak dan gas serta digital.

“Kewujudan sinergi baharu dan perkongsian strategik bakal membawa pulangan lumayan kepada kedua-dua negara untuk diagihkan kepada kebajikan rakyat dan juga aspek pembangunan masa hadapan,” katanya.

Sekadar info, Mirziyoyev tiba di Malaysia pada Selasa untuk lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri dan diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Hubungan Malaysia-Uzbekistan bakal bawa pulangan kepada kedua-dua negara

image is not available

Presiden Uzbekistan bersama delegasinya berlepas pulang ke Tashkent pada 8.50 malam menaiki pesawat Uzbekistan Airways.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim