“Yakin Dia Boleh Jadi Bapa Baik” – Lesti Kejora Kata Akan Pertahankan Rumah Tangga Bersama Rizky

Entertainment
20 Oct 2022 • 11:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa hari yang lalu, isu mengenai rumah tangga pasangan selebriti Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar menjadi tumpuan kerana dikatakan berlakunya keganasan rumah tangga.

Biarpun pada mulanya ada ura-ura berkata pasangan terbabit akan berpisah tetapi mereka membuat ramai pihak berasa terkejut apabila mengumumkan bahawa akan pertahankan rumah tangga mereka.

Pengumuman tersebut dilakukan di Balai Polis Jakarta Selantan dan Lesti datang bersama-sama suami buat pertama kali selepas isu terbabit tular.

Dalam pada itu, Lesti mengambil kesempatan itu memohon maaf kepada orang ramai serta keluarga kerana turut terkait dengan isu rumah tangga yang berlaku beberapa hari lalu.

Tambahannya lagi, Lesti berharap agar Rizky juga akan menjadi suami serta ayah yang lebih baik di masa hadapan.

Salah satu sebab saya menarik balik laporan kerana saya yakin dia boleh jadi bapa terbaik untuk anak kami.

Di dalam video dimuat naik semula oleh pengguna TikTok itu, penyanyi dangdut berhijab itu kelihatan mencium tangan serta memeluk suami tanda sudah berbaik.

Terdahulu, Lesti membuat laporan polis dan mendakwa suami telah memukulnya pada 28 September 2022, jam 1.51 pagi di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

image is not available 3 hari lalu

"Seindonesia Kena Prank" - Lesti Kejora Dilabel 'Perempuan B*doh' Pertahankan Suami 'Kaki Pukul'