Yamaha sasar jualan 500 unit XSR155, Xmax 300

LocalCars
10 Aug 2026 • 11:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Yamaha sasar jualan 500 unit XSR155, Xmax 300

SHAH ALAM: Penantian selama kira-kira dua tahun peminat motosikal tempatan khususnya Yamaha terhadap model retro klasik, XSR155 berakhir apabila ia diperkenalkan secara eksklusif, semalam.

Sepanjang tempoh berkenaan, model XSR155 hanya berada dalam pasaran negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Pengurus Besar Jenama dan Pemasaran Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd., Tim Hoo berkata, berikutan permintaan dan harapan tinggi yang diletakkan oleh para pengguna, beliau yakin model tersebut mampu dijual antara 300 hingga 500 unit sehingga penghujung tahun ini.

Menurutnya, keyakinan itu juga berdasarkan harga jualan RM12,998 (tidak termasukpendaftaran, cukai jalan dan insurans) yang disifatkannya sebagai berpatutan selain jenama
Yamaha sendiri yang terbukti dalam menghasilkan jentera yang baik.

“Sejak dua tahun lalu, setiap kali kita lancar apa-apa model, orang ramai akan tanya bila Yamaha nak bawa masuk XSR155.

“Model sebegini sememangnya menjadi harapan para peminat Yamaha di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Karnival Genblu Yamaha di sini, semalam.

XSR155 yang ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Malar Hijau (hijau), Perak Klasik (perak) dan Royale Hitam (hitam) akan berada di semua premis pengedar sah Yamaha di seluruh negara pada suku keempat tahun ini.

Satu lagi model yang juga dinanti-nantikan oleh peminat Yamaha, iaitu skuter Xmax 300 Tech Max turut dilancarkan dalam majlis sama.

Model tersebut yang melengkapkan model 250 cc sedia ada ditawarkan pada harga RM28,499 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans) akan berada di pasaran pada
pertengahan bulan ini.

Tim Hoo menambah, pihaknya juga menetapkan sasaran jualan Xmax 300 Tech Max antara 300 hingga 500 unit sehingga hujung tahun ini.

Turut dilancarkan pada karnival itu ialah model-model Y16ZR-R (RM10,888) dan Y16ZR-R Edisi Khas Replika Lumba Pramac (RM13,388). Lebih 16,000 orang mengunjungi Karnival Genblu Yamaha yang masuk tahun ketujuh penganjurannya. – UTUSAN

The post Yamaha sasar jualan 500 unit XSR155, Xmax 300 appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved