Yang bersuara akan disenarai hitam – Farah Ahmad

Entertainment
20 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Yang bersuara akan disenarai hitam – Farah Ahmad

KUALA LUMPUR: Pelakon, Farah Ahmad tidak menolak kewujudan segelintir pihak dalam industri drama dan perfilem yang tidak kedepan apabila diminta memberi sokongan mengenai soal bayaran royalti.

Farah, menerusi Thread memaklumkan golongan itu mengambil jalan selamat gara-gara khuatir kehilangan tawaran lakonan.

“Sudah berbuih adik (bercakap isu royalti). Bersuara pun segelintir orang dalam industri diam, tak menyokong, sokong senyap-senyap dari belakang sebab takut tak ada ‘job’.
“Paling tidak, yang bersuara kena senarai hitam,” katanya.

Farah berkata demikian sebagai reaksi terhadap komen seorang netizen yang mempersoalkan penggiat seni yang tidak bersuara soal royalti apabila persembahan lakonan mereka diulang tayang dalam televisyen.- UTUSAN

The post Yang bersuara akan disenarai hitam – Farah Ahmad appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved