
Yang di-Pertuan Agong Bayar Zakat RM10 Juta
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun ini.
Hal itu dimaklumkan menerusi satu kemas kini di Facebook rasmi baginda.
Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hasrin Kamal Hashim.
Ia disaksikan Mufti Johor, Dato’ Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1221943122623640&id=100044238919228&rdid=6ef3tothsmYkQX3q#
Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar via Facebook
The post Yang di-Pertuan Agong Bayar Zakat RM10 Juta appeared first on Siakap Keli.



