Yang Dipertua PAS Langkawi dipilih sebagai Speaker DUN Kedah

Politics
25 Sep 2023 • 11:53 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

ALOR SETAR - Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad hari ini dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-15.

Pemilihan beliau itu dibuat pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-15 yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini.

Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan Zubir, 60, untuk memegang jawatan itu.

Cadangan terbabit kemudian disokong Adun Merbau Pulas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, Datuk Siti Ashah Ghazali.

Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mohamad Azlee Ahmad berkata, disebabkan hanya seorang calon Speaker dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Kedah, Zubir diisytiharkan sebagai Speaker DUN Kedah Ke-15.

“...oleh kerana seorang calon saja dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah, maka saya dengan ini mengisytiharkan YB (Yang Berhormat) Encik Zubir Ahmad dipilih menjadi Speaker DUN Kedah yang ke-15 ini,” katanya. – 25 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved