‘Yang kenal kami zaman muda tahulah macam mana seksinya kami, Norkhiriah banyak bimbing saya’ – Ieda Moin

Family & Parenting
24 Oct 2023 • 9:52 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Persahabatan antara aktress Ieda Moin dan Norkhiriah sudah terjalin lama. Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Ieda Moin menyatakan dia sudah mengenali Norkhiriah sudah lebih 20 tahun.

Dalam satu wawancara pula, pelakon yang terkenal dengan aksi melatah itu mengakui Khiriah adalah sahabat yang banyak membimbing dirinya menjadi seorang muslimah yang lebih baik serta memperbaiki kekurangan yang ada.

“Yang kenal kami zaman muda tahulah bagaimana seksinya kami. Khiriah paling banyak mendorong dan membimbing saya.

“Dia juga orang pertama yang belikan saya tudung untuk berhijab,” katanya.

Selain itu, mereka sering berbual mengenai perihal kematian sebagai tanda saling mengingatkan antara satu sama lain.

“Kami malah pernah berbual sambil berjenaka, macam manalah keadaan bila salah seorang daripada kami sudah tiada. Kadang dia (Noorkhiriah) tanya saya, nanti kalau mati kau nak van jenazah warna putih ke hitam?

“Maklumlah, dia sekarang uruskan van jenazah. Lepas itu saya jawab, kau jangan sampai kita dua-dua pergi sekali,”katanya.

Jelas Ieda lagi, dia juga bersyukur dikurniakan seorang sahabat seperti Noorkhiriah kerana dia sering mengingatkan dirinya untuk mencuba berubah ke arah lebih baik.

“Saya ini tidak baik. Tapi saya tidak mahu kawan saya buat benda tak baik. Sahabat sebenar tidak akan biarkan kawannya terkapai-kapai.

“Takkan kita sahaja nak jadi elok dan berubah? Kenapa tidak ajak kawan kita sekali,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ieda dan Noorkhiriah bakal berkongsi pentas menerusi program terbaru Astro Warna, Gelak 90 Saat.

Dalam program itu, mereka berdua perlu membuat tetamu jemputan ketawa dalam tempoh 90 saat.

View Original Article