“Yang Paling Layak Adalah Ibu Cuma…” – Nubhan Fail Hadanah Untuk Hak Penjagaan Anak-Anak Bersama Bekas Isteri

LocalFamily & Parenting
5 Nov 2025 • 12:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Belum reda isu rumah tangga, penyanyi Nubhan dilaporkan telah memfailkan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap tiga cahaya matanya hasil perkahwinan bersama Dr. Afifah Hidayah di Mahkamah Tinggi Syariah, September lalu.

Menurut peguam syarie yang mewakili penyanyi itu, Mohd. Redzuan Ramli, Nubhan telah memfailkan dua tuntutan, iaitu hadanah kekal dan hadanah interim.

Advertisement

View this post on Instagram

Hari ini, selesai sebutan pertama tuntutan hadanah saya dengan pihak peguam mewakili Dr. Afifah bersama pihak pendaftar bagi mendapatkan satu tarikh lagi untuk kedua pihak berbincang serta cuba selesaikan secara baik.

Nubhan hari ini tak dapat hadir sebab ada urusan kerja dan dia okey untuk selesaikan secara baik dengan pihak defendan.

Tambahnya lagi, komunikasi antara kedua-dua pihak berjalan dengan baik dan tiada sebarang pertikaian berhubung urusan penjagaan anak-anak.

View this post on Instagram

Sementara itu, peguam syarie mewakili Dr. Afifah, Puteri Ummi Kartini, menjelaskan bahawa kedua-dua pihak kini meletakkan kepentingan anak-anak sebagai keutamaan.

Jadi untuk isu anak, Afifah dan Nubhan masih berkomunikasi. Mereka boleh bertolak ansur dan berkompromi.

Dari segi undang-undang, yang lebih baik dan paling layak adalah ibu cuma ada beberapa faktor lain yang menyebabkan bapa yang memfailkan tuntutan.

Sejak hari pertama, anak guam saya memang nak pastikan anak-anaknya memiliki figura seorang bapa dan ibu sebab kedua-duanya diperlukan.

Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila memfailkan pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya.

Kes pengesahan lafaz cerai itu dijadualkan untuk sebutan semula pada 2 Disember depan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-11-05 11:04:40

"Burukkan Aku Dalam 'Live', Mak Mentua Menekan.." - Isteri Pempengaruh Bengah Dakwa Rumah Tangga Kini Bergolak

The post “Yang Paling Layak Adalah Ibu Cuma…” – Nubhan Fail Hadanah Untuk Hak Penjagaan Anak-Anak Bersama Bekas Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.