“Yang Penting Cerita Tu Siap” – Pengarah Lepas Tangan, Azhan Rani Dedah Alami Nasib Sama Seperti Wafariena

Entertainment
11 Oct 2022 • 4:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, pelakon jelita iaitu Wafariena Roslan dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami kecederaan akibat melakukan babak ‘stunt’ dalam penggambaran telemovie berjudul Mata Tak Berhijab.

Menurut laporan Mstar, babak itu sepatutnya dilakukan oleh pelakon lagak ngeri namun pengarah memintanya untuk melakukan aksi itu sendri.

Bagaimanapun, pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 itu meluahkan rasa terkilan apabila pengarah drama tersebut seolah bersikap lepas tangan dan langsung tidak bertanya khabar mengenai dirinya.

Susulan itu, pelakon Azhan Rani tampil mendedahkan dia juga pernah mengalami nasib yang sama seperti Wafariena pada suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran di Instagram, Azhan menceritakan dia pernah dikerah secara mengejut untuk datang ke set pengambaran kononnya bagi menggantikan pelakon yang tidak dapat hadir.

Aku beritahu awal siap-siap aku akan rushing kalau nak juga datang time tu.

Walaupun sudah memaklumkan bahawa dia agak sukar untuk hadir kerana lokasi rumah yang agak jauh, namun Azhan akur dengan permintaan pihak produksi dan membuat keputusan untuk membawa motosikalnya untuk tiba lebih cepat.

Takdir Allah tepat waktu tengahari aku tergolek kemalangan.

Menurut Azhan, sepanjang lapan hari berada di hospital untuk mendapatkan rawatan, tiada seorang daripada pihak produksi yang datang menjenguknya, sebaliknya hanya memaklumkan wataknya akan digantikan dengan pelakon lain.

Ya lah yang lagi penting cerita tu siap bukan nyawa aku pun. Aku accident pergi kerja. Sayangnya pelakon ni alien.

Dalam pada itu, pelakon filem Rasuk itu turut meluahkan rasa bimbang dengan nasib krew serta pekerja belakang tabir sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Tak ada undang-undang pun wajibkan production ambil Socso untuk pekerja seni. Memang kalau Allah tarik nyawa aku hari tu mati katak je lah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Saya Tak Akan Maafkan" - Katak Hitam Muncul Depan Rumah, Rita Rudaini Jadi Mangsa Ilmu Sihir

View Original Article