“Yang penting MU menang..”- PM Anwar seloroh, kongsi cucu tak puas hati Arsenal kalah

LocalFootball
26 Jan 2026 • 11:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh mengenai kemenangan kelab bola sepak Manchester United (MU) dalam perkongsian di Facebook hari ini, sambil mendedahkan wujud “ketegangan peribadi” dengan cucunya yang menyokong Arsenal.

“Sambung debat kecil dengan cucu, yang penting MU menang. Salam 3-2!”tulis beliau menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

image is not available

PM Anwar seloroh, kongsi cucu tak puas hati Arsenal kalah

Beliau kemudian mengulas perkara sama secara rasmi semasa berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN) pagi tadi. Dalam ucapannya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata:

“Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan majlis ini. Saya tambah sukacita kerana semalam Arsenal menang dua, tetapi Manchester United menang tiga.
“Sebab cucu saya marah betul. Saya ikuti juga perkembangan ini,” katanya, disambut gelak ketawa hadirin.

image is not available

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Artikel lain: Balik kerja main dengan cucu, PM siap pakai penutup mata kucing

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi tadi, Manchester United mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas pendahulu liga Arsenal, hasil jaringan Matheus Cunha pada minit akhir perlawanan.

image is not available

Perlawanan itu berlangsung penuh dramatik, dengan kedua-dua pasukan saling berbalas gol sehingga ke wisel penamat.

Sumber: FB Anwar Ibrahim