Yang salah saya, tolong henti hina pasukan Lesti – Izara Aishah

Entertainment
21 Oct 2026 • 3:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Yang salah saya, tolong henti hina pasukan Lesti – Izara Aishah

PETALING JAYA – Pelakon, Izara Aishah merayu netizen Malaysia agar menghentikan kecaman dan hinaan terhadap pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora susulan kontroversi yang tercetus di media sosial.

Izara atau nama lengkapnya, Izara Aishah Hisham, 34, mengakui kesilapan berpunca daripada tindakannya sendiri yang terlalu mengikut emosi serta tidak profesional apabila meluahkan perasaan secara umum.

Menurutnya, dia enggan isu berkenaan terus berpanjangan sehingga mengheret pihak lain menjadi sasaran kecaman terutama apabila serangan mula menyentuh rupa paras dan keluarga.

“Orang Malaysia, yang menjadi pengikut saya, tolong jangan hina lagi pasukan Lesti kerana yang salah ialah saya. Saya bersikap emosi dan tidak profesional di media sosial.

“Jangan sampai mencaci. Kalau boleh, minta maaf walaupun kita rasa kita betul. Insya-Allah, Allah akan memberikan ganjaran besar jika kita meminta maaf.

“Tolonglah, saya mohon berhenti. Semua kesilapan itu daripada saya dan saya mengakuinya sepenuhnya,” katanya dalam hantaran di Threads.

Pada masa sama, Izara menegaskan perbuatan menghina rupa paras, keluarga dan perkara peribadi bukan sesuatu yang wajar dilakukan hanya kerana marah terhadap seseorang.

Terdahulu, perdebatan antara netizen tempatan dan indonesia tercetus selepas Izara memuat naik hantaran mendakwa pasukan Lesti bersikap sombong ketika berjumpa di konsert Gema Bumantara, baru-baru ini.

Perkongsian tersebut dipadam sebelum dia meminta maaf atas ketelanjuran katanya namun netizen sempat menangkap layar dan menularkan hantarannya itu.

Begitupun, Lesti kemudian membuka mulut meminta maaf andai dakwaan membabitkan ahli rombongannya mencetuskan salah faham sebelum Siti pula tampil menyeru agar orang ramai bertenang memandangkan kedua-dua pihak sudah berdamai.

Tetapi perbalahan antara netizen kedua-dua negara dalam media sosial tampak terus berlarutan selepas beberapa hari isu tercetus. – KOSMO! ONLINE.

The post Yang salah saya, tolong henti hina pasukan Lesti – Izara Aishah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved