“Yang Salah Tetap Salah Dan Pintu Taubat Sentiasa Terbuka” – Norman Hakim

Entertainment
10 Sep 2023 • 3:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon terkenal Norman Hakim akhirnya buka mulut selepas nama anaknya Marissa Dania dikaitkan sebagai penyondol suami orang.

Menerusi satu hantaran yang dibuat di Instagram, Norman berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat di atas ujian yang menimpa keluarganya.

image is not available

Katanya, isu tersebut telah diselesaikan secara tertutup dan mereka sekeluarga mengambil iktibar di atas khilaf yang berlaku.

Pelakon filem ‘3 Janda Melawan Dunia’ ini berharap orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik termasuklah 75,000 pengikut baru sejak isu tular.

image is not available

Dia juga senang hati membaca komen peminat dan menganggap komen berunsur emosi dan kebencian sebagai satu teguran baik.

Sebagai ketua keluarga, Norman memohon maaf jika ada silap dan salah mereka semua. Katanya, yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya kembali ke jalan yang benar.

Kredit: Instagram Norman Hakim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.