YANIS jemput cadangan pengurusan galang dana dan Majlis Gala 2026

LocalBusiness & Finance
18 Jan 2026 • 7:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 JAN: Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) menjemput pihak berkepentingan menghantar cadangan untuk mengurus inisiatif galang dana dan majlis makan malam gala 2026.

Menurut YANIS, pihak yang berminat perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), beroperasi lebih tiga tahun, berpengalaman dalam pengurusan galang dana nirlaba, mempunyai fasiliti kewangan kukuh dan memahami ekosistem sokongan OKU di Malaysia.

"Cadangan mesti memuatkan maklumat syarikat, maklumat prinsipal, dokumen kewangan serta rancangan program dari Februari hingga Julai 2026 termasuk majlis gala," katanya menerusi Facebook.

YANIS berharap inisiatif ini dapat memperkukuh kerjasama strategik dan memastikan agenda pembangunan OKU di Selangor terus berkembang.

Semua kertas cadangan dan dossier lengkap perlu dihantar ke corporate@yanis.org.my

sebelum 21 Januari, jam 11.59 malam. Hanya pihak berjaya akan dihubungi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved